Kadang-kadang sebagai wanita terutamanya yang berhijab,penjagaan rambut sangat penting untuk mengelakkan dari kerosakkan ataupon rambut tidak sihat.Okeh kali nih nak share Petua Penjagaan rapi agar Rambut lebih sihat dan bersinar.
Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai,anda juga perlu mengamalkan diet seimbang selain melakukan perawatan rambut,ia boleh dilakukan dirumah dan tak perlu ke salon.
1.Santan Hitamkan Rambut
Perap rambut dengan menggunakan santan kelapa ,sapu rata pada seluruh rambut,Kemudian balut dengan tuala selama lima belas minit.Santan bukan sahaja dapat menghitamkan malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.
2.Daun Rambutan
Daun rambutan sangat baik untuk rawatan rambut kering dan bercabang.Ambil segengam daun rambutan muda ,basuh bersih dan rendam dalam semangkuk air,ramaskan sehingga keluar lendir ,sapu pada rambut .Insya-Allah anda akan berpuas hati.3.Daun Bunga Raya
Ramas daun bunga raya sehingga lendir keluar,kemudian sapukan pada rambut dan kulit kepala.Selepas 30 minit basuh sampai bersih.Daun bunga raya boleh membantu melebatkan dan membuat mahkota wanita ini kelihatan berkilat.4.Lendir Lidah Buaya
Untuk mengatasi masalah rambut gugur,sapukan lendir lidah buaya pada rambut sehingga 20 minit.Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering serta gugur.5.Kulit Tembikai
Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.Ambil bahagian kulit tembikai(yang berwarna putih)gosok kulit kepala secara perlahan-lahan dan biarkan ia meresap selama 20 minit dan bilas.6.Yogurt
Yogurt bertindak sebagai perapi dan khasiat yang terkandung dalam makanan ini membantu merawat rambut rosak..Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi juga melembabkan rambut agar sihat dan bersinar.7.Kacang Hijau
Air rendaman kacang hijau juga boleh melebatkan rambut dan halus.Rendam secawan kacang hijau semalaman dan kemudian tapiskan dan ambil airnya sapu pada kulit kepala.Jika di amalkan selalu selain untuk rambut ia juga membantu mengatasi masalah migrain dan sakit kepala.
Hubungi saya untuk Oder dan Konsultasi
Your Shaklee Indepedent Distributor
Nur Zihan
Shaklee ID:966207
Email:zihankeisha@gmail.com
Whatsapp/sms/call:012-5537925
COD:Kulim,Sungai Petani,Alor Setar
Penghantaran Poslaju Seluruh Malaysia
h
ttps://www.facebook.com/nur.zihan.56
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.** -
0 comments:
Post a Comment