Tuesday 18 November 2014

AKAR STRAWBERI REDAKAN GOUT

  1 comment    
categories: 
Strawberi sering digunakan sebagai pencuci mulut atau jus.Buah ini juga enak dimakan segar begitu sahaja.Strawberi berasal dari benua Amerika dan Eropah,Malah satu ketika dahulu ,ia hanya boleh diperoleh dari negara-negara berkenaan sahaja.Kini penanaman strawberi makin rancak dijalankan di Malaysia,terutama di Cameron Highlands.

Pokok strawberi mempunyai rizom yang halus,berserabut dan menjalar sementara bukunya mampu menghasilkan akar serta tunas baru.Buah strawberi berbentuk bujur telur ,bulat dan bersaiz sederhana kecil.Dipercayai buah strawberi mengandungi vitamin c dan tanin yang mempunyai bio-aktiviti untuk mengecutkan tisu dan protien pada kulit dan lendir.Jom ikuti apa khasiat yang ada dalam strawberi.

Khasiat Makanan

Buah yang masak ,biasanya dimakan mentah atau juga boleh dijadikan jem,jeli,perisa minuman,aiskrim,gula-gula,minuman susu,dan pelbagai produk makanan yang lain.

Khasiat Ubatan

Daun segarnya direbus dan diminum untuk merawat masalah ginjal,melawaskan pembuangan air kecil selain mengeluarkan batu karang di dalam ginjal.Ia juga boleh direbus daun bersama akarnya untuk diminum bagi merawat masalah radang di bahagian ginjal serta pundi kencing,sukar membuang air kecil,asid urik yang berlebihan ,gout,skurvi,cirit-birit dan disenteri.

Bagi mengurangkan masalah batuk,bronkitis dan radang sistem pernafasan,bolehla mencuba kaedah merebus daun,bunga dan akarpokok strawberi yang dicampur dengan gula atau air rebusan buah strawberi itu sendiri sebelum diminum.

Khasiat Lain

Selain enak dimakan,buah strawberi juga sesuai dijadikan minyak wangi,bahan campuran dalam syampu,losen,minyak gosok,kosmetik,pemwangi udara,tisu dan lain-lain.



Hubungi saya untuk Oder dan Konsultasi Your
 Shaklee Indepedent Distributor 
Nur Zihan /Email:zihankeisha@gmail.com 
Whatsapp/sms/call:012-5537925
 Pengedar Shaklee Kulim,Sungai Petani,Hi-tech
Penghantaran Poslaju Seluruh Malaysia 
https://www.facebook.com/nur.zihan.56

 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.** -

1 comment: