Tuesday, 11 November 2014

TANDA DAN PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN

  No comments    
categories: 
Wanita sering merungut apabila berhadapan dengan masalah keputihan.Perubahan hormon yang berlaku mengakibatkan peningkatan pengeluaran vagina serta penurunan pH.Jom ikuti info selanjutnya.




Tanda-tanda keputihan yang perlu anda ketahui:

  • Keluar cairan seperti mestruasi
  • Cairan kental dan berbau busuk
  • Rasa gatal dibahagian vagina
  • Berwarna kuning kehijauan
  • Rasa panas pada vagina

 Langkah untuk pencegahan masalah keputihan

  • Elakkan mengguna sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh mengakibatkan alahan.Begitu juga dengan pantyliner biasanya dihasilkan dari kertas guna semula dengan bau-bauan bungaan segar,Cara paling berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang bersih sahaja.Cukup dengan itu vagina anda lebih terpelihara kebersihan dan kesihatannya.
  • Setiap kali membuang air kecil atau air besar ,pastikan vagina sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih.Dalam masa yang sama ,gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas dan jangan sekali-kali memakainya jika ia lembab.
  • Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau membuang air kecil.Perbuatan seperti ini hanya menganggu keseimbangan flora bakteria di dalam vagina sekaligus mengakibatkan jangkitan.
  • Usah menabur bedak ke atas seluar dalam yang ingin digunakan semata-mata beranggapan ia mampu mengharumkan vagina.Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan sistem pearanakan anda.
  • Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt ,susu kultur ,sayuran hijau serta bendi.Paling tidak seminggu sekali yang mana tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan
Oleh itu untuk kaum wanita jagalah mahkota yang berharga ,bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.Cegah sebelum parah.

Hubungi saya untuk Oder dan Konsultasi 
Your Shaklee Indepedent Distributor
 Nur Zihan 
Email:zihankeisha@gmail.com
 Whatsapp/sms/call:012-5537925 
COD:Kulim,Sungai Petani,Alor Setar 
Penghantaran Poslaju Seluruh Malaysia 
https://www.facebook.com/nur.zihan.56 

 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.** -

0 comments:

Post a Comment